hye!!welcome to blogger ieda kalida...thanks for read!jgn lupe follow blog ieda tw!!keep in touch all :)

Khamis, 4 Ogos 2011

indahnya bulan (ramadhan) ^____^



assalamualaikum bg sume umat islam.....
dan salam sejahtera buat non-muslim...
lame ase nyer suda tak mlibatkan diri dgn blog nie??
napeeee yeekk?biase laa tuu bile mr.lazy da mguasai diri ku ini...hehe
last update 20 july 2011 and now?? (lame giler kn??)
hari nie tak hape pnyakit yg dtg tetibe lak rajin bebeno mengupdate entry sempena ramadhan al mubarak nie...
haaaa?korang sume pose tak ari nie...ad gak yg ponteng tuu kn?
alhmdulilah,,ary nie da puase tok ary yg keempat,msih full lg tak pnh miss lg laaa stakat nie...
^_^ (muke bangge gler!hahaha)tpakse berperang dgn nafsu oo00...nk tnye gak laa kn,,korang tw tak pew maksud tuu?tak tw meh ida nk bg tw puase bmaksud menahan diri dari makan dan minum dan dari melakukan bende2 yg bole mbatalkan puase dari terbit fajar hingge terbenam matahari..betol kea?ida ckp refer pd ape yg ida blaja lam subject agame islam time skola dlu...hehehe,lau ad kesilapan harap maaf ye..ida pung sbnrnyer takdw laa bjiak pandai+laksana ttg ilmu agame niesgt...biase2 jelaaa....

Abu Hurairah telah berkata:aku telah mendengar Rasulallah swt bersabda tentang ramadhan yg bermaksud:"Sesiapa yang mendirikannya (ramadhan)penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya dosa yang telah lalu"(riwayat Bukhari,Muslim,Tarmizi,Abu Daud,Nasai'e,Malik,Ahmad dan Bahaqi)

"Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu"(Riwayat Al-Bukhari)

Bulan Ramadhan Al Mubarak yang sedang kita berpuasa ini adalah bulan yg penuh dgn keberkatan dan banyak limpahan  rahmat di dalamnya...byk kelebihan yg terdapat pada bulan ramadhan antaranyer:

1) Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.

2) Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.

3) Bulan yang padanya permulaan penurunan Al Quran. Al Quran kitab suci agama islam yang menjadi mukjizat sehingga ke hari kiamat. Al Quran adalah pembimbing kepada umat islam agar tidak tersesat dalam hidup mereka selagi mereka terus berpegang kepada kitab suci ini. Pada bulan Ramadhan ini kita sangat-sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al Quran untuk mendapat ganjaran pahala yang besar.

4) Bulan pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Pinta syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya. Ianya adalah sebagai tanda kemuliaan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Syurga adalah tempat yang di idam-idamkan oleh semua orang pada hari akhirat nanti.

5) Bulan tiada syaitan yang bermaharajalela. Pada bulan yang mulia ini syaitan-syaitan akan dibelenggu. Tiada lagi makhluk yang bernama syaitan yang akan menghasut manusia ke arah kemungkaran. Tapi manusia masih mempunyai nafsu untuk dihalang agar dijauhkan dari melakukan kemungkaran.

6) Bulan pahala amalan dilipat gandakan. Segala amalan kebaikan pada bulan ini akan digandakan amalan kebaikan tersebut. Pada bulan ini kita sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan amalan sunat seperti sedekah, selawat, berzikir, membaca Al Quran dan banyak lagi amalan-amalan lain. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan oleh Allah.

7) Bulan yang agung dalam islam. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia berbanding bulan-bulan islam yang lain. Ini kerana pada bulan ini banyak keberkatan dan rahmat Allah yang dikurniakan kepada hamba-hambanya.

itulah sedikit sebanyak yg dapat ida kongsikan utk hari nie....(sharing is caring! ^___^)
Semoga dengan kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan yang mulia ini akan membuatkan kita semakin banyak utk melakuakan ibadah dan menghambekan diri kpd yg maha pencipta.. Semakin banyak amalan yang dilakukan mudah-mudahan akan memberi semakin banyak pahala kepada kita. InsyaAllah.
sebelum menutup tirai entry kaly nie.ida ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN MENJALANI IBADAH PUASA (pose tw jgn tak pose..hu3)

(gambar time puase pertame!)

ok!!thanks 4 all readers...krane sudi mjengah ruangan blog ida yg tak sebarape dan sudi mbace ape yg ida kongsikan...take cre all..lebiuu!!!!!muahhcccxxx ^,^

___________________________
ieda kalida
___________________________


Tiada ulasan:

Catat Ulasan